Tuesday, 26 July 2016

TEMPAT BERSESEJARAH DI PASIR SALAK(^~^)..

HI...bagi sesiapa di luar sana yang ingin melawat tempat bersejarah di PERAK...moh kite ke PASIR SALAK......:))






pintu gerbang nya....











Tempat ni terkenal dengan sejarahnya yang melibatkan pahlawan melayu menentang penjajah inggeris suatu ketika dahulu..Jdi,semua orang dapat melihat tempat ini dengan lebih jelas..ha'ah mesti korang ingat dalam buku teks sejarah form 4 dgn form 2 yg menceritakn tentang dato serimaharaja lela pahlawan perak.tempat ini juga berhampiran dengan kampung gajah,teluk intan,changkat lada,bota,seri iskandar...JOM tman tunjukkan tempat ini dgn lebih menarik...





tempat ntah ler...katanya untuk tarian2 zaman2 dahulu..

 menara ni juga mungkin digunakan utk pemantaun pada zaman dahulu.



















 dalam gambar ni dapat anda lihat banguna terowong masa,dimana banyak patung2 yang mengambarkan tentang semua sejarah di tanah melayu ketika itu.bayaran masuknya juga berpatutan dan tidak mahal..di tingkat bawahnya pula terdapat muzium keris yg menerangkan tentang keris,asal dari mana..diprebuat dari apa...misteri apa??  lebih kurang macam tu...dapat terdapat juga pakain pembesar ketika dahulu...maksudnya laksamana berpakaian macamana??? dan semua pembesar lain..











 galeri ini memaparkan hadiah2 yg diterima oleh kerjaan perak pada tahun 1970 hingga 2000...macam gitu la..
 ini pulak tugu pahlawan bagi mengingati peristiwa di pasir salak...dan tercatat pada nya bahwa"peristiwa tersebut tlh mencetus sistem demokrasi berparlimen di negara malaysia.."
 ini ialah litar dato sagor bersebelahan dengan kompleks sejarah ini..dula litar tersebut bebas keluar masuk tapi sekarang telah dikawal ketat ...hmmm...hnya mampu dilihat diseblah sungai perak ini sahaja...dan buat pengetahuan sebelah litar itu juga lah tempat binanya "balai gambang" yg dinaiki oleh sultan perak untuk menziarahi makam diraja..
 batu ni pulak ialah tugu peringatan JWW BIRCH yg di bunuh jer..
 ini lupa pulak namanya..tapi ini rumah memaparkan segala alatan rumah,senjata,lukisan dan lain lain lagi.Tapi sekarang dah jadi "show house" jer n x boleh masuk kedalam lagi dah...memang sejarah betul..
"lela rentak"....meriam yg diperbuat daripada tembaga yg digunakan oleh orang melayu dalam perang perak untu k menghentam perahu british sepanjang sungai perak..







 ini pulak tempat JWW BIRCH di bunuh oleh si PUNTUM pada tahun 1875.pada zaman dahulu ada rakit yg dia mandi,kemudiannya di buang utk keselamatan..selepas pembunuhan ini maka belakunya perang perak..
ni pulak masjid lama...katanya masjid ini dibina pada zaman sebelum british lagi..









SO.....itu saja yg ditunjukkan...untuk lebih menarik boleh saja melawat ke tempat ini ...disini juga ada resort pasir salak yg dibuka pada bila2 saja...