Wednesday, 26 October 2016

TAKUT

TAKUT...erm...masa kecik2 dulu banyaklah jugak perasaan ni cthnya,takut petir,ular,dan paling takut sekali mesti la HANTU kan..tambah2 lagi rumah belakang kubur jer..bile nk tidur mesti dengar bunyi burung hantu.Nasib hantu jer x muncul..
   Tapi itu semua dh berakhir bila aku membesar(perghh)..bila dh membesar ni aku paling takut bila aku x menjadi manusia yang berguna.Maksudnya tersilap langkah dalam kehidupan.Yelah,aku dah dibesarkan oleh keluarga yg berada lagi banyak kasih sayang n keluarga yg kuat agamanya.Kalau aku buat masalah x ke buat malu keluarga.Dalam era yg penuh bersaing ni,membuatkan aku rasa sakit kepala,marah,iri hati dan banyak lah penyakit emosi..apa yg menyebabkannya,Cthnya,ramai manusia zaman sekarang mempamerkan aset mewah mereka seperti kreta dan sebagainya.Aku tergamam dan terfikir bolehkah aku membeli nya pada suatu hari nanti??apa kerja aku nanti??berkatkah rezeki aku tu nanti??aku akan masuk "lorong hitm" ker??semua bermain di benak fikiran..sampai sekarang..adakah ilmu yg aku dapat pada ari ni memberi kebaikan pada manusai atau sebaliknya??Oleh sbb itu,aku sentiasa bermuhasabah niat ku untuk menjadi pelajar yg beramal soleh yg memberikan kebaikan pada manusia pada masa akan datang...in Sha Allah(^_^).

MEREKA

Bagi aku mereka adalah kawan yang sangat seronok,gilerr,terencat dan rare..sapa mereka??kawan-kawan di KMP dulu...dri hari mula masuk hinggakan ke hari terakhir disitu aku masih teringat2kan memorinya yg terpendam...biasalah banyak perkara baru yg membentukkan diri  aku dri   seorang yg  pemalu boleh bergaul dgn orang lain dari pelbagai negeri.Time sekolah menengah x dapat memori seseronok sedemikian.Bila first day masuk kelas semua buat hal masing2 maklumlah freshie lagi kt kmp.and bila masuk kelas semuanya gegirl...aku sorang ke laki kt dlm klas ni??Aku dh seorang yg pemalu lgi tambah lah malu aku...aduhh..A few minutes later baru ada member laki lain masuk kelas aku..bile ade member laki tu masuk baru lega sikit malu aku..Beberapa minggu kemudian baru semua ahli kelas boleh aku tegur..boy n gegirl.depa semua periang dan peramah...kalau masuk kelas mesti banyak cakap dan banyak mengumpat hahaha,,depa x buat dah hal sendiri...aku yg pemalu ni pun boleh berbual tnpa rasa kekok..aku ingat lagi,time quiz semua cari tempat strategik untuk meniru terutamanya subjek ekonomi termasuk diri aku (^_^)..kadang2 masa kt sini banyak pensyarah belanja makan,jadi kami pun makan beramai2 sambil berkongsi suka dan duka.nak pergi ke next klas pun berkumpulan dgn satu kelas.Dari kawan sekelas pergi ke kawan bilik,mula2 ada 5 orang kemudian tinggal 3 orang jer termasuk diri aku..sbb:adalah.Kawan bilik aku ni dari johor n dari kelantan.dua2 ni suka main handset dalam bilik,aku x sbb xde data time tu hnya bergantung pada wifi kolej.bila aku sakit depa lah jaga aku..tq..Time bulan puasa(awal kemasukan)  kami makan bersama2 dalm billik,sodorm,menyanyi,memekik,dan menjerit hinggalah hari yg terakhir.bile jer birthday kt matrik mesti kena ikat kt pokok n  disimbahdgn  air busuk....ish2..geram rasanya tapi rasa dihargai.Akhir sekali kawan lelaki lain,first impression aku tengok semuanya buat muka sombong,tapi nk dekat habis study rupa2nya semua friendly...macam adik-beradik...hinggakan aku boleh ingat nama mereka seramai 150 orang.Akhir sekali,aku berdoa mereka semua menjadi orang yg berjaya dan aku berharap boleh berjumpa dgn mereka semua balik#terlalurindu.

Sunday, 16 October 2016

PABILA

Jantung berdenyut laju pabila aku mendapat tawaran kemasukan ke UKM x lama lagi.selepas 1 tahun struggle di matrik perlis kini ke UKM.Aku terfikir perlu ke aku pilih ukm atau Uni yang lain??Jawapan aku mestilah perlu.Takkan la nak masuk IPT swasta kot...lagipun keluarga aku tak la kaya sangat pun tak la miskin sangat pun,sederhana jerr..Aku menerima suara-suara sumbang yang mengatakan UKM ni bukan la bagus bagi jurusan aku...tambahan pula pembelajaran di UKM ni semua dalam bahasa malaysia.Oleh sebab itu,depa yang menyumbangkan suara tersebut menyatakan jika graduan dari UKM terutama dalam bidang aku majikan pandang sebelah mata jerr..Betulkahh??aku menjadi lebih down dan murung sebelum masuk UKM..Aku sentiasa memotivasikan diriku ini supaya jangan "koyak" sangat la...Aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini...aku kemudian whatssapp la pensyarah aku kt KMP,beliau kata semua tempat belajar sama jerr...cuma ikhtiar diri sendiri  yang mantap dan izin Tuhan jer yang menetukan kejayaan..ianya menjadi pegangan untuk aku terus maju kehadapan.. aku masih mencari rentak aku di sini tapi agak samar-samar tapi aku akan cuba yang terbaik..in Sha Allah..(^_^)...

Wednesday, 12 October 2016

MARAH...

Nak cerita pasal perasaan marah dalam diri aku ni banyak, cuma aku boleh la kawal perasaan ni sebab aku seorang yang sangat penyabar( : P)..

Selalunya la kan perasaan marah terjadi apabila emosi seseorang tak stabil,tak sihat,bad mood,iri hati dan sebagainya...

Tapi bagi aku,aku naik angin(marah) bila ada orang yang kacau aku tidor tambah lagi aku tengah penat giler..
sakit hati n rasa nak hayun jer penyapu kat manusia tersebut...biasala aku seorang yang menjaga kualiti tidor..Kat universiti ni pun aku hampir nak "putus kawan" dengan kawan sebilik aku,maklumlah baru first year kot takkan nak marah kasar kt dia pulak..kalau tak marah pulak kita yang merana..

Tapi paling aku nak marah kalau ada orang yang jenis mulut bising,bajet hebat kalau pensyarah tanya sapa cakap dia tuduh kite pulak...aduhhh!!kalau dia cakap benda ilmiah ker,inspirasi ker,motivasi ker boleh la aku terima,,,ni sembang pelik2....kalau kita tegur dia ,dia hentam pulak kita...x ke naik angin aku...

#jadilah manusia yang bersabar...

Sunday, 2 October 2016

MULA...

Semalam adalah sejarah,hari ni pulak kurnian dan esok pulak adalah sesuatu yang misteri...

Maksudnya setiap hari akan datang adalah perMULAAN bagi diriku.yer la kan,.dari x pandai cakap kini boleh bercakap,daripada merangkak kepada berjalan,dari sekolah rendah ke  universiti beb!!...
   Aku masih ingat lagi  bila dah naik form 4 n 5 aku berazam la katanya nk belajar bersungguh-sungguh,jgn banyak main-main,tapi tuhan telah menentukan.Masuk form 4 kt satu sekolah berasrama yg agak hebat para pelajar kononnya,aku baru masuk sekolah tu apalagi banyak tekanan dan terkial-kial la,dengan banyak peraturan yang leceh....start dari tu aku push diri aku nak dapat result gempak dari awal form 4 hinggalah SPM.tapi result SPM aku hambar jer macam tak pernah berusaha langsung.SEDIH,TERTEKAN rasa down laa...(T_T)....tengok kawan ramai yg dapat straight A,aku??selama seminggu berduka...aku mulakan azam baru untuk belajar leklok kt matrik.walaupun ramai orang kata kat aku matrik kena struggle,klau x buat leklok kena lelong,macam2 lagi la.Masa kat Matrik,akhirnya aku dapat rentak belajar aku yg sebenar nya hasil pertolongan tenaga pengajar disana..kawan2 kt sana  juga banyak yang gila2 seronok,makanan murah,macam2 lagi la seronok kt sana,belajaq pon seronok dan macam2 lagi lah...sampai kenangan kt sana aku masih membawanya kt U.Terharu dan gembira rasanya.
     Dan yg terbaru,sebelum aku masuk UKM ada la buat MC kt sebuah klinik,ceritanya,,masuk bilk dr tu,then,dia tnya dapat U apa?maatrik mana dulu?bila cakap pasal result aku pun cakapla result aku kt matrik yang sikit gempakla..macam tu...lepas tu dia perli/sinis aku ..kenapa ambik business?tak sempat aku balas dia masuk,dia kata tau x lepasan business tambahan pula produk dari UKM banyak yg menganggur...aku pun terdiam tanpa berkata apa2...dr tu cakap lagi pasal kawan2 dia yg berjaya gaji yg berjuta2 selama 30 minit...aku masa tu dah la sakit kepala dengar ceramah lagi lama tunggu lagi....perghh tabah rasanya...aku bercakap dalam hati ( zaman dr dengan saya macam epal dengan rambutan)....balik rumah terus sakit kepala bertambah dengan lagi feeling down lagi...
    ibuku saja beritau bersabar la...(T_T),then,aku beristhikarah,beritau diri supaya setting fokus balik,buang episod2 hitam dalam diri dan masuk UKM aku  berazam untuk menjadi manusia yang holisitk dan hebat.,aku akan tunjuk kan aku boleh cemerlang pada orang yg down kan aku seperti DR tu....